Pengaruh Belenggu (novel)

Menurut Bakri Siregar, seorang kritikus sastera Indonesia sosialis yang aktif dengan Lekra, Armijn dipengaruhi teori psikoanalisis Sigmund Freud ; dia menulis bahawa hal ini paling menonjol dalam tokoh Sumartini.[8] Dua karya Armijn yang ditulis sebelumnya, "Barang Tiada Berharga" (1935) dan "Lupa" (1936), mempunyai aspek plot yang mirip dengan Belenggu. "Barang Tiada Berharga" juga mempunyai tokoh doktor dan isterinya iaitu Pardi dan Haereni, yang digambarkan dengan watak yang mirip Sukartono dan Sumartini, sementara "Lupa" memperkenalkan tokoh utama Sukartono.[9]

Sebab pemerintah Hindia Belanda melarang pembahasan politik dalam sastera, Armijn membatasi sindiran pada sistem kolonial dalm novel.[10]